Entah mengapa susah sangat jari-jari ini nak membait kata-kata melagukan bersama alunan irama merdeka. Bukan kerana tiada semangat menyanyi atau lagu yang tidak sepadan dengan selera sendiri. Cuma takut suara yang disumbangkan itu betul-betul sumbang. Tapi bila diyakinkan diri sendiri yang kalimah hak itu tidak akan sumbang, maka saya memilih untuk melagukan lagu merdeka ini dengan lirik yang dikias dari mereka yang hak, agar tenang jiwa seiring menutur lafaz bahasanya.
"terima kasih ............................ kerana memerdekakan kami."
persoalannya siapa yang harus saya isi pada ruang kosong itu?
Kata-kata ringkas Amirul Mu’minin Umar Al Khattab dalam kisah anak Amru Al Asr sudah cukup besar menggambarkan kemerdekaan dalam hakikat yang sebenar. Suatu hakikat yang telah membebaskan erti kemerdekaan itu sendiri dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Suatu hakikat yang menimbang kemerdekaan itu sendiri dengan sebuah neraca langit.
“ Bilakah anda (dibenarkan) memperhambakan orang lain padahal ibubapa mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?”.
Maka benarlah apa yang disebut oleh Ibnu ‘Arabi bila menjelaskan maksud kemerdekaan.
“Perhambaan yang jitu dan sebenarnya (ialah) perhambaan kepada Allah (semata-mata), iaitu apabila seseorang itu tidak menjadi hamba kepada selain Allah. Sebaliknya, menjadi hamba Allah yang menciptanya untuk tujuan penyembahan kepadaNya; di samping menyempurnakan tuntutan penciptaannya. Bak kata orang: hamba Allah yang terbaik ialah yang segera pulang ke hadhratNya. Dengan lain-lain perkataan, kembali kepada ubudiah yang ia dicipta untuk itu. Ini adalah kerana pada hakikatnya dia adalah makhluk yang dicipta dalam kaadaan memerlukan kepada segala sesuatu yang wujud (di alam ini)”.
Maka benarlah telahanku. Pejuang kemerdekaan terhebat, yang anamanya akan saya isi untuk ruang kosong diatas bukan nama-nama yang aku selalu dengar sebelum ini. Tapi pejuang kemerdekaan terhebat adalah seorang insan, yang mewaqafkan jiwa dan hartanya untuk memerdekakan dunia dan seisinya dari cengkaman kebatilan kepada lindungan rahmat Illahi, seorang insan yang sanggup berlapar, berpanas, di pulau, diherdik, dicerca dan dibaling batu... semata-mata ingin melihat jiwa ini bangga dengan kemerdekaannya.
Insan itulah yang engkau sebut-sebut dalam selawatmu.
Dialah Muhammad SAW.
Akhirnya aku faham mengapa Imam Hassan Al Banna menyimpulkan kata-kata indah ini bila manusia menempelaknya sebagai tidak patriotik.
Tetapi perbezaan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang lain yang mendakwa pejuang tanahair ialah asas patriotis Islam ialah aqidah Islamiyah. Oleh itu maka pejuang Islam yang bekerja untuk sesebuah tanahair, berjuang pada jalannya dan mereka sanggup mati dalam jihad seperti itu adalah kerana negeri Mesir itu ialah termasuk ke dalam bumi Islam. Mereka kemudiannya tidak pula membataskan perasaan patriotis ini kepada negeri Mesir sahaja tetapi mereka merangkumkan juga setiap bumi Islam dan setiap tanahair orang-orang Islam. Adapun pencinta tanahair yang tidak bersifat Islam akan membataskan kecintaannya itu kepada bangsanya sahaja. Mereka pula biasanya hanya berjuang kerana ikut-ikutan, sukakan promosi, mencari kebanggaan atau kerana kepentingan-kepentingan yang tertentu. Mereka berjuang bukan menurut kewajipan yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya.” (Wahai Pemuda)
Bagi saya mudah, buatlah apa pun dalam mendefinasi, mengisi atau merealisasi kemerdekaan itu. Tapi yakinlah dengan suatu hakikat. Iaitu hakikat yang di lafazkan oleh Saidina Umar, insan yang kenal benar dengan pejuang kemerdekaan terulung, sahabat dan kekasihnya Muhammad SAW.
“Kita ini suatu kaum yang dimuliakan kerana islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain islam, nescaya kita akan dihinakan Allah.”
Kalau anda bersetuju bahawa bagindalah pejuang kemerdekaan yang terulung… khabarkan pada kami, bagaimana agaknya baginda mahu kita menyambut perjuangannya?
Buatmu Kekasih Allah..
Terima kasih kerana memerdekakan kami.
Untukmu Malaysia,
selamat berjuang, langkahmu masih panjang...
Salam merdeka, dari jiwa yang mencarinya
assalamu'alaikum bro nizam,
ReplyDeletesalam ziarah, membaca2 blog (specifically entry ni) di kala membaca nota chemistry. aduh, mataku longlai, sungguh!
hehe..
benar apa yg diduga.. merdeka ini merdeka zahir batin..
byk yg menafsirkan maksud kemerdekaan. penuh erti, pd diri sendiri, juga pd manusia lain. sukar utk mendefinisi, manusia lebih pcaya kemerdekaan lebih elok disambut dlm suasana meriah dgn laungan kemerdekaan..
mungkin itu betul. tiada salahnya jika indah perlakuannya. indah duniawi, jika dlandaskan indah ukhrawi.. cume tidak perlu dijadikan pentas 'perhiasan yg tidak kena'..
menjawab psoalan: bagaimana Rasulullah menginginkan ummatnya meraikan kemerdekaan?
tidak termampu ditulis di sini, kerana ilmu di dada amat cetek. risau jika diutarakan, ada yg tidak menjadi. lebih elok jika dikatakan, "tepuk dada, tanyalah iman"..
moga2 tafsiran mengena kpd apa yg cube dimaksudkan..
*maaf jika ada yg tidak faham*
bro nizam,
selamat menyambut kemerdekaan.
malaysia perlu lebih gagah, dan kita lah menjadi tiangnya.. gagah bersama redhaNya, insyaAllah!
semoga kemerdekaan yg sebenar yg dicari akan ditemui. memerdekakan kemerdekaan..
ReplyDeleteAlhamdulillah kerana jalan menuju kemerdekaan yg hakiki sudah tercatat pada peta penunjuk jalan iaitu Al-Quran.. dan jg sunnah Rasulullah saw. hanya menunggu sang rijal yg membuka dan membaca, mengerti dan memahami.
wallahua'lam