05 August 2007

carikan aku seorang rijal dengan sebuah neraca langit

meminjam kata-kata Muhammad Ahmad Ar Rasyid.

“Orang yang tidak mampu berkorban demi mengejar cita-cita yang tinggi, maka dia tidak akan berani berhadapan dengan bahaya dan kesusahan. Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa di dalam sejarah kemanusiaan. Tidak ada sesiapapun yang mampu melukiskan sejarah kecuali pahlawan-pahlawan yang gagah berani. Mereka itulah yang telah merubah arus perjalanan hidup manusia dengan jihad dan pengorbanan mereka dan merekalah yang merubah corak pemikiran dunia.”



ini aku
yang kadang-kadang sesak fikiran memikirkan
apa agaknya jawapan
untuk kelam kabut alam
untuk haru biru semalam
untuk hiruk pikuk kehidupan

nescaya
dunia tidak kekurangan manusia. bahkan hampir tepu dengannya.
dunia tidak dahagakan kekayaan lagi sayugia telah sesak dengankemewahan
dunia tidak perlukan lagi kepintaran arakian sudah lemas dengan keajaiban
yang diperlukan adalah

seorang rijal
dan sebuah neraca langit



maksudnya seorang pemuda berjiwa besar. yang nafasnya tidak sesak dengan hilangnya dunia darinya. yang darahnya tidak beku dengan penuhnya nafsu meliar. yang telinganya tidak pekak dengan bisik nyaring syaitan durjana. yang pemuda itu mahu jadi lain. lain dari yang lain.
lain dari semalam
lain dari orang lain
lain dari kelainan
tapi sama di sisi Rabnya
sama dengan kasihnya pada kekasihNya.
atau paling kurang separuh dari itu
atau suku
waima secebis.

kerana dia tahu. dia tiada apa.

oh lupa

pemuda berjiwa besar ini juga telah tekad
untuk menghumban neraca dunia
dan mendakap erat neraca langit
iaitu pandangan tuhannya
yang memiliki danmendiami Arasy yang mulia.

biar apa orang kata
kerana dia sanggup mencari redha Allah dengan murka manusia
dan bukan redha manusia dengan murka Allah



kalau kau ketemu rijal dengan sebuah neraca langit ini, khabarkan padaku. jangan lupa mencari aku. kerana aku ingin belajar darinya.
terima kasih!

3 comments:

  1. hai bapa saudara singa...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:48 PM

    smoga rijal dengan neraca langit ini ditemui akhirnya, amiin. khabarkan jua pada kami, smoga kami juga dapat belajar dpdnya.
    smoga neraca langit juga menjadi neraca kami.
    smoga kami juga dpt menjadi rijal.
    rijal dengan neraca langit.
    Allahumma amiin..

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:01 PM

    Mintak izin copy post. trime kaseh.

    ReplyDelete