07 July 2007

AWAS! Masa Lapang Melintas di hadapan!


tiada kena mengena dengan yang cuti mahupun tidak bercuti

07.07.07 bukan apa yang best pon tarikh tu. cuma ia menunjukkan betapa lamanya blog ini tidak diupdate. ingat nak update sempena setahun blog ini (29.06.06~29.06.07) tapi tak kesampaian atas kesibukan. bukan sebab rotation surgery saya yang telah menghapuskan cita-cita untuk melelapkan mata barang seketika selepas subuh atau pun tidur petang. tapi atas kelemahan diri sendiri mengurus masa.

betapa kontrasnya ketika ini. walaupun tidaklah sekontras tindakan Mahmud Abbas menaja Kabinet Emergency di Tebing Barat atau sekontras cerita doktor-doktor muslim di Perth dan Brisbane yang ditangkap, kontrasnya cukup dengan melihat orang lain semuanya seronok memulakan cuti panjang dalam kesejukan Adelaide, tetapi saya merayap keluar rumah sebelummatahari terbit ke Ward 2B, Lyell McEwin Hospital untuk meneruskan pengajian dalam cita-cita nak menjadi pegawai perubatan berkelayakan ini.

cukup mencabar.

tapi mungkin tidak semencabar satu mende ni. yang sebenarnya jauh lebih mengancam, membahayakan dan perlu di label AMARAN!


AMARAN MASA LAPANG SEDANG MENYERANG!


amaran ini yang datang dengan firmanNya :

“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling.” (Al-Hajj: 1)
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.” (Al-Mu’minun: 1-3)


dan disambut dengan lafaz dari kekasihNya:

“Ada dua kenikmatan yang membuat banyak orang terpedaya yakni nikmat sehat dan waktu lapang.” (HR. Bukhari)

bukan cuba menongkah arus atau berlagak seperti orang yang dengki dengan orang yang cuti. namun sekadar nak mengingatkan tentang bahaya yang datang bila manusia itu diuji dengan waktu lapang. fikirkanlah semula, apa yang menghalang kebanyakkan kita sebelum ini untuk melakuan sesuatu yang lagha secara berlebihan, apa yang menghalang kita dari lepak-lepak tidak tentu pasal, apa yang menghalang kita dari tidur sepanjang hari sehingga lambat solat, kadang-kadang miss solat atau pun tak jalankan tanggungjawab sebagai housemate dan sebagainya? apakah iman yang mendalam atau sekadar kita sibuk, kena pergi uni, ada tutorial, banyak assignment dan banyak urusan lain yang perlu diselesaikan?

ok, Alhamdulillah lah Allah mengurniakan kesibukkan itu. yang akhirnya mampu juga jadi benteng dari semua kemaksiatan kecil dan besar. maka sekarang, benteng itu telah dirobohkan dengan jayanya. sekarang kita (tidak termasuk budak medic practical years) tiada halangan untuk buat apa-apa yang disebut diatas.

maka tinggallah iman yang sedikit ini. jadi benteng mempertahankan apa yang tinggal. mudah-mudahan.

cuti yang panjang ini, sebenarnya sangat pendek disisi Allah. apatah lagi nak dibandingkan dengan usia alam yang jauh lebih panjang ini. bandingkan dengan jangka hayat nyamuk yang lapan hari itu. sudah pasti kita rasa nyamuk itu hidup dengan sangat pendek. xde life. tapi bagi nyamuk yang tahu harga hidupnya. lapan hari itu sudah cukup panjang untuk dia memenuhkan life cycle dia, dan akhirnya dia meninggalkan generasi yang akan meneruskankesinambungan kehidupan ummatnya.

begitulah Alam ini melihat kita. mungkin kita rasa usia kita sudah cukup panjang. cuti 3-4 minggu ini pon cukup panjang. tapi dibandingkan dengan usia alam yang jauh lebih panjang ini. kita akan rasakan yangianya terlalu pendek. terlalu pendek untuk dibazirkan begitu sahaja. jangan jadi lebih teruk dari nyamuk. beruntunglah nyamuk kerana usia pendeknya itu tidak akan dihisab. rugilah kita kalau usia yang pendek atau panjang ini dibazirkan dengan sesuatu yang akhirny akita simpulkan dengan "aikk..da nak start sekolah da?, cam rasa kejap sangat. mende la aku buat.."

1 comment: