sekadar sebuah peringatan yang sedikit. buat diri sendiri terutamanya dan yang lain.
mereka yang tertutup hatinya dengan kekafiran akan memandang ilmu itu semata-mata dari sudut aqal dan jasad. bagi mereka penuhkan otak dan sihatkan tubuh. pasti boleh berjaya. tapi mereka sendiri gagal menemui jawapan mengapa ada yang masih gagal sedangkan aqal dah dipenuhi dan jasad telah disempurnakan. bagi mereka yang beriman dengan Ar Rahman dan yang ghaib. mereka ada jawapan yang menyempurnakan kekeliruan. iaitu hati. bagaimana aqal dan jasad, hati jua perlu persedian.
kerana.
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (17:36)
"ketahuilah dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badannya, apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. ketahuilah itulah yang dikatakan hati. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu abdullah An Nu'man bin Basyir RA)

maka tepatlah apa yang dijawab oleh Waqiie, guru Imam Syafie apabila beliau mengadu tentang susahnya beliau dengan hafalannya. gurunya itu menjawab, "abandon rebellion, for knowledge is a light and the light of Allah is not bestowed upon a rebel." benar. maksiat itulah yang mengahalang ilmu. dan juga menghalang kejayaan. kerna itu pesan nabi. "sesorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya" (HR Imam Ahmad).
maka pesan yang sama saya khabarkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. sediakanlah hati kita sebagaimana hati-hati mereka yang Allah menangkan dalam Badar, Khaibar, dan Mu'tah. sediakanlah hati kita sebagaimana mereka-meraka yang layak mendapat bantuan rabnya. mudah-mudahan dipermudah.
jangan lupa doa, usaha dan tawakal. setiap tindakan mu'min itu antara istikharah dan musabahah. maka sempurnakanlah keduanya. barulah sempurna.
All the best!

The great Imam ash-Shafi’i, he went to his teacher Waki`, complaining about the weakness of his memory. He told him, abandon rebellion, for knowledge is a light and the light of Allah is not bestowed upon a rebel.
ReplyDeleteterjemahan yang lebih kurang maksudnya..
Imam Syafie juga pernah mengeluh,
"Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku lemah; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak berikan kepada pelaku maksiat."
dan pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya,
"Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."
maka.. kesimpulannya..
Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut.
ye.. selamat memasak..
ReplyDeletejust wonder y faisal put the english part, then letak translation kpd yg english tuh, imam syafie x ckp english pon dgn waqi' tuh...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete