
semalam aku post soklan kat blog DS Anwar Ibrahim (kt web ni org bley tanye soklan kat die then die jawab).
ni soklan aku
Jawapan Kepada Ihsanist
June 29th, 2006 | Category: Q&A
ihsanist menanyakan :
Assalamualaikum DSAI,
Apakah DSAI bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa tindakan DS meninggalkan perjuangan bersama ABIM dan gerakan-gerakan Islam yang lain untuk menyertai UMNO suatu masa dahulu merupakan suatu tindakan yang telah melambatkan proses tarbiyyah masyarakat yang sedang rancak pada waktu itu? kini apabila apabila Allah telah menunjukkan perancanganNya yang maha tinggi dan DS sudah kembali kepada pangkuan marhaen, tidakkah DS merasakan fokus utama DS sepatutnya ialah kembali kepada persada pentarbiyyahan masyarakat seperti dahulu dan bukan mengejar fokus menukar kerajaan semata-mata?
Saya yakin DS pernah membaca tulisan Maududi “Proses Revolusi Islam” dan yakin yang lebih utama ditukar ialah fikrah masyarakat dengan Islam sebelum mengubah kerajaan dengan pilihanraya.
ni jawapan dia (baca:beliau kot sbb cikgu bm aku kate beliau utk org terkenal)
Sdr ihsanist,
Program tarbiyah diteruskan dalam gelanggang politik. Ia tidak bolih dipisahkan. Kita harus menanggapi saranan Maududi dengan bijak. Lagi pun Jamaat Islami pimpinannya senantiasa menyertai pilihanraya Pakistan dan pernah menyokong Fatimah Jinnah selaku calon Presiden Pakistan. Saya lebih cenderung untuk menimba ilmu dan pengalaman gerakan Islam serta bersedia menyesuaikan dengan keadaan dan masa.
hurm.. seperti biasa mane bley setuju jek..hahaha. aku akan bg komen balas dan jawab balik. serta post entry ttg ape yg aku pk ttg Anwar Ibrahim
assalamu'alaikum...menarik,Hassan Al-Banna sendiri mengatakan yang beliau sangat menginginkan memasuki politik tapi beliau tidak kerana masanya belum tiba lagi..soalan saya pada saudara,bagaimana dgn malaysia?pernah saudara mengkaji sejarah tarbiyyah di malaysia?pernah saudara diceritakan mengenainya?pernah saudara menyingkap sesuatu yg mungkin ditutup?selamat mencari dan mengkaji.:)
ReplyDeletewaalaikum salam. syukran dgn komen. nak kate saye faqih dlm bidang tu xla. banyak juga membaca ttg tu tp still masih banyak yg kene difahami lg. 2004 saya pernah sediakan 2 kertas kerja berhubung polemik harakah islamiyyah dan parti politik di mesia. insyaAllah nnt bila berkesempatan saya post kan dan sedia dikomen.
ReplyDeletekalau saudara pengkaji nak berkongsi pon dialu-alukan.
tp matlamat saya amek tahu pasal sume ni bukan sebab nak sibuk dgn politik atau ilmiah semata-mata, tp saya nak ummah ni jd matang. jgn pk mende remeh temeh. wallahua'lam.
cun jugak anak anwar tu... dah kawin belum???
ReplyDeleteDah kawin!!
ReplyDeletemmm..bijak sungguh saudara muslim...bijak2
ReplyDelete