30 June 2006

pilu



menjengah seluruh kehidupan aku..
dan kemudian intai sejenak kehidupan mereka..

kadang-kadang terfikir.. munafiqkah aku?

Aku dan mereka.
mengharap syurga yang sama

tapi hidup aku mudah. hidup mereka sukar
dan hidup aku indah dan mewah. hidup mereka pedih dan sedih
kadang-kadang terfikir.. munafiqkah aku?


bukan cuma darah atau airmata
peluh mereka pon belum tentu aku tandingi
...dan aku mengharap jannah yang sama!

kadang-kadang terfikir..
munafiqkah aku?

mereka telah redha dunia menjadi milik musuh

dan akhirat menjadi milik mereka.

dan aku
mahu keduanya?
kadang-kadang terfikir..
munafiqkah aku?

akhirnya dia jawab gak soklan aku...


semalam aku post soklan kat blog DS Anwar Ibrahim (kt web ni org bley tanye soklan kat die then die jawab).

ni soklan aku

Jawapan Kepada Ihsanist
June 29th, 2006 | Category: Q&A

ihsanist menanyakan :

Assalamualaikum DSAI,

Apakah DSAI bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa tindakan DS meninggalkan perjuangan bersama ABIM dan gerakan-gerakan Islam yang lain untuk menyertai UMNO suatu masa dahulu merupakan suatu tindakan yang telah melambatkan proses tarbiyyah masyarakat yang sedang rancak pada waktu itu? kini apabila apabila Allah telah menunjukkan perancanganNya yang maha tinggi dan DS sudah kembali kepada pangkuan marhaen, tidakkah DS merasakan fokus utama DS sepatutnya ialah kembali kepada persada pentarbiyyahan masyarakat seperti dahulu dan bukan mengejar fokus menukar kerajaan semata-mata?

Saya yakin DS pernah membaca tulisan Maududi “Proses Revolusi Islam” dan yakin yang lebih utama ditukar ialah fikrah masyarakat dengan Islam sebelum mengubah kerajaan dengan pilihanraya.

ni jawapan dia (baca:beliau kot sbb cikgu bm aku kate beliau utk org terkenal)

Sdr ihsanist,
Program tarbiyah diteruskan dalam gelanggang politik. Ia tidak bolih dipisahkan. Kita harus menanggapi saranan Maududi dengan bijak. Lagi pun Jamaat Islami pimpinannya senantiasa menyertai pilihanraya Pakistan dan pernah menyokong Fatimah Jinnah selaku calon Presiden Pakistan. Saya lebih cenderung untuk menimba ilmu dan pengalaman gerakan Islam serta bersedia menyesuaikan dengan keadaan dan masa.

hurm.. seperti biasa mane bley setuju jek..hahaha. aku akan bg komen balas dan jawab balik. serta post entry ttg ape yg aku pk ttg Anwar Ibrahim

jangan marah..nnt kena jual

ade yg kate entry lepas emo dan bunyi macam marah....
kalau setuju dengan fakta:
  1. Dakwah perlu hikmah "serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah.."(an nahl 16:125)
  2. Dakwah itu kasih sayang "..mereka berkasih sayang sesama mereka.." (Muhammad 48:29)
  3. Dakwah xbley campur emosi- nabi yunus ditelan ikan nun kerana down dgn kaumnya yg tolak dakwah- (as-saffat 37:139-138)
ni gak fakta yg sume org kene setuju (setuju secara package cm jual pasir ngan ruang udara kt s'pura)..
  1. Allah mengingatkan manusia yg lalai dlm al-quran dgn peringatan yg keras! mereka ini disamakan dengan.. anjing (al anfal 7:176) monyet (al maidah 5:60) babi (al maidah 5:60) kayu (al munafiqun 63:4) batu (al baqarah 2:74) labah-labah (ankabut 29:41) keldai (al jumuah 62:5).
  2. sewaktu sahabat tidak bersetuju dengan isi Perjanjian Hudaibiyyah yg menyaksikan seorang muallaf Makkah dikembalikan ke Musyrik Makkah- Rasulullah mengeluarkan kata-kata yang tajam.."sudah hancur ummat islam.." (Fiqhud Dakwah m/s 213)
bukankah kata2 di atas tersangat keras dan berbunyi emosional?Apakah Allah dan Rasulnya tidak berhikmah dalam berdakwah?(Maha Suci Allah dr sifat2 ini..). jawabnya TIDAK. tp..ketegasan itu sekali sekala terbit untuk MENGEJUTKAN MANUSIA YG LUPA!

Tuntas bg aku ade kalanya ummah ni kene dikejutkan(baca:ketuk kepala sekali)! kalau x mereka akan terus lena.. dan cara kejut tu kadangkala kena keras br bangun! contohnya mak aku dulu kalau susah sgt nk kejut aku (seperti yg dialami housemates aku dulu kini dan selamanya) mak aku sound "ha! tdo la! xyah g sekolah lg da!" ayat tu kalo org xfaham sure rase pelik..tp tu la ayat yg sgt dalam yg buat aku terus bingkas (slow2 dlm keadaan pasrah) bangun dr tdo (walaupon kadang2 sambung tdo sejenak dlm bilik air!- jgn btau mak aku).

seriously.. pk sendiri soklan2 aku sebelum ni secara neutral. bagusla yg tgk dua2-bola dan palestine. tp berape kerat jek(seperti en. Ihsan huhu- bodek pon bukan dpt ape budak ni)? yg berkerat2 lg kt luar sane? aku nak ingatkan PRIORITY itu sahaja. bukankah marah supaya mereka sedar itu tanda kasih sayang dan diam supaya mereka terus kekal lalai itu kebencian?

pengajaran:
satu-Dakwah ini milik Allah jua..kita hanya hamba yang akur dgn sibghaNya
dua-mekasih yang bg komen.

29 June 2006

antara Gaza dan German...




xkire la korang setuju ke x..ni fakta
  1. FAKTA-berape ramai orang emo tgk bola. tgk defender team die cm bodoh defend team hamun2 kalah hantuk2 pale kt dinding (axagerasi-tp hakikatnye gitu ler)..
    HAKIKAT- berapa ramai marah dan geram bila orang Islam (baca: Islam sahaja xde hadhari) xdpt pertahankan Palestine dr serangan Zionis la'natullah?
  2. FAKTA-ade org tgk AF, nangis2 org tu kene hambat kuar. HAKIKAT- berapa ramai yang menangis bila melihat anak-anak palestine dihambat keluar dari bumi sendiri?
  3. FAKTA-berapa ramai orang Islam tunggu depan tv nk tgk live bola, pastu tgk siaran ulangan plak, pastu tgk highlights plak, pas tgk berita sukan plak? HAKIKAT- berapa ramai yang buat mende same depan tv utk tahu ape khabarnya saudara mereka di Palestine?
aku xmarah orang main bola, tgk bola, follow bola- xde masalah sket pon. tp aku nak orang fikir.. ape priority kita sebenarnya?

Allah ckp "..dan Allah menjadikan seruan orang kafir itulah yang rendah, dan kalimah Allah itulah yang tinggi.." (9:40)

itulah priority kita yang Allah ajar.. xde masalah nak wat apepon di dunia ni.. tp seruan ALLAH tuhan kau tu dulu kau utamakan! bukan seruan yang lain...tp manusia hari pelik (baca:bangang)!

makanya...
  1. ambil tahu lebih pasal Islam dari yang lain (bukan xamek tahu langsung psl yg lain)
  2. berpada-pada dengan dunia (Rasulullah suruh (baca:wajib untuk kamu ikut kalau kamu nak ke syurga) redhakan dunia itu untuk orang kafir, Akhirat itu milik orang Islam).
  3. hidup ini cari priority BUKAN hidup ini jadi priority
ni berita terbaru mengenai saudara-saudara kita..doakan mereka

"IOF kidnap PA ministers, Hamas' lawmakers in West Bank
Jun 29, 2006, 09:27
Occupied Jerusalem - In an unprecedented step and before the world's eyes, the Israeli occupation forces raided a number of West Bank cities and kidnapped a number of PA ministers as well as Palestinian legislators from Hamas late Wednesday and early Thursday
s...." kalo nak bace penuh


"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia Berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan seruan orang-orang kafir Itulah yang rendah dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" At-taubah:40

Dr Lah lawan Pak Mahathir......nk sokong sape ni?



petikan dari suratkhbar online yg namenyer mesia-arini

"Mahathir ada hak tegur, Abdullah perlu jawab secara jujur
Oleh Wan Nordin, Anis, Roy Rasul dan Nabila

Perbalahan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan bekas anak didiknya, Abdullah Ahmad Badawi yang kini menerajui negara berterusan dengan Mahathir kini lebih nekad dengan apa yang disuarakan..."


aku bukan nak salin berite ni, tp nak komen pasal makhluk2 Allah yang bergaduh ni. kepada yang xtahu menahu masalah ni (may be baru balik dr bulan atau tersesat di gunung Tahan sewaktu lawatan Sek. Ren. Bemban Hilir) susah le nak cite balik. tp basically..

di pihak memanda menteri pencen..
  1. kenape ko xjd wat jambatan- padahal tu dr negare kite ke negare kite!
  2. kenape ko jual MV Agusta yg beli RM400juta-jual RM4!
  3. kenape ko bg AP berlambak2 sampai lingkup Proton!
  4. (soklan yg xberape publish- kenape menantu ko cm pelik?kenape ko tunduk ngan kerajaan Temasik?, kenape ko kate aku abeskan duit negare sampai bankrupt?)
di pihak memanda menteri bakal pencen..
  1. senyap jek...(ikut ske ar! sibuk jek)
  2. tapi jawapan tukang menteri2 (baca:backup singer)- jambatan xperlu-nnt kene jual pasir, MV Agusta rugi so wat pe tanggung biawak hidup, AP bg kat yg berkelayakan ikut procedure.
  3. jawapan yg xberape publish (menantu aku grad oxford! ko ape tahu, Kerajaan Temasik Bagus wat main golf, da ko ingat projek KLIA, Putrajaya ko tu gune RM7.50 ke?)
xkisah ape pendapat korang, tp aku nak btau satu (satu-aku maksudnye lapan belas) mende. mende2 yg diorg gaduhkan ialah... Jambatan Indah (1.12Billion), MV Augusta (400juta), AP (juta2-kereta mewah)..dan macam2 lagi yang nilainya juta2 gak..

agak korang.. makcik saudah kt kg sg. siput, pak cik leman kt felda Chiku, Pak cik Moorthy kt estet Bahau kisahke x?

sebab ape diorg xkisah- sebab mende2 ni xde kaitan pon ngan hidup diorg! bahkan diorg xtau pon AP tu ape (diorg ingat Ayah Pin) dan diorg xtau pon 1.12 billion tu duit die gambar ape (walaupon xde note bernilai tu!). yang diorg kisah... pagi ni nak masak aper? ade duit x nak beli ikan? ade duit x nak bg anak g sekolah? dapat menoreh x harini? sawit bley petik x harini.. tu yg diorg fikir!

bukan sebab diorg xkisah masalah negare! tp masalah negare tu terlalu ekslusif utk diorg! ape2 pon yg PM atau BPM(bekasPM) gaduhkan, mereka tetap hidup susah! mereka sibuk bergaduh soal bende yg mahal2..tp rakyat yg hidup dgn gaji semurah RM350 sebulan ni diorg fikir ke x?

masalah no satu negare skrg bukan Paklah lawan Mahathir.. tp Haq lawan Batil! seruan Syaitan lawan seruan Allah! kufur lawan Islam.- sebab?- sebab banyaknye kerdurjanaan dalam masyrakat! maksiat, dosa, kufur- itu yg perlu ditentang dulu! yg lain follow!

Amaran: aku bukan emo- tp geram rase nak seligi pale org yg pandai2 tp xtau pk ni...

kenape Fussilat?..why?..why?

dalam Fussilat...Al Khaliq, pencipta aku dan kau, bertanya kepada makhlukNya...

"Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri".?"...41:33

kerana yakinnya kekasih Allah Muhammad ibn Abdullah dengan wahyu ini... aku hari ini Islam

Kerana yakinnya sebahagian manusia dahulu tentang ayat ini... aku hari ini kenal nilai hidupku

kerana percayanya sebahagian insan yang dekat denganku terhadap kalimah ini.... aku hari ini aku..

kerana i'tiqadku pada janji Allah ini... aku semalam nekad untuk terus di sini sehingga aku hancur di dalamnya atau Al Haq memenangkannya..

mungkin ade yg xfaham..xpe2.. usaha lg utk bg faham ape aku puitiskan ni.. tp serius sey! syahdu betul bile ingat2 balik...

ape nak kater?

td btau roomate (bukan name sebenar-sebab mane ade orang name roomate. rostam ke rogayah ke ade la!) yang nak g exam di pagi hari- "aku da wat blog da..huhu"

di reply (replied- skema sket sebab budak bilik sebelah nak amek pese English besok). "buat la! nanti aku bg komen". ntah ape yang dia nak komen aku pon xtahu..sebab aku pon xpost ape2 lg..xtau la kalo blog yang kosong pon die nak komen.

tapi aku xheran. sebab die bley komen pape pon yg aku tulis- islamik ke politik ke bola ke (betul ke ni?) kisah klasik utk mase depan ke.. die mmg suke komen. biarlah die.

pengajaran: bile aku tengah rajin ni banyak le posting.. bile aku busy nnt.. jd cm dulu la.. silap2 lupe password lg.. adeih!

As the Entry Enters an Entrance...


Akhirnya terjebak juga aku sekali lagi ke dunia 'mengeblog' ni.. blog dulu ihsanist password nye telah hilang dari hippocampus of temporal lobe brain* aku. hurm.. ntah paper..

kali ni rase xnak da start.. tp desakan dan pengaruh orang ramai...(huhu mudahnye terpengaruh!!) terjebak jugak..haha. xper la. aku isi le ngan ape yg aku rase bermanfaat.

mainly aper2...
politik? tazkirah? medicine? cerite best duk oversea? sume bley masuk..asalkan xmengarut. mudah2an ke Jalan Lurus le hendaknya blog ni..

* area dalam pale hotak (bace dengan nada mendidik bukan mengherdik) tempat store dan uruskan memory